Petugas di Pejabat Agung PAS, Tuan Syed Mohamad bin Syed Hasan, 62, meninggal dunia pagi ini.
Beliau yang mengalami batuk sejak malam tadi meninggal di rumahnya di Taman Gombak berdekatan dengan Taman Melewar kira-kira jam 8.30 pagi.
Menurut isterinya, Puan Saribah Salleh, allahyarham kelihatan agak lemah sekitar jam 8 pagi ini.
Katanya, doktor yang dipanggil ke rumah kira-kira setengah jam kemudian mengesahkan bahawa suaminya telah meninggal dunia.
Jenazah allayarhan kini berada di rumahnya dan akan dimandikan jam 11 pagi.
Jenazah akan dikebumikan setelah disembahyangkan selepas solat Jumaat di di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood. Turut menzairahi jenazah beliau ialah Haji Subky Latif, Dato Kamaruddin Jaafar, petugas2 pejabat Agung PAS dari Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat serta kakitangan HARAKAH.
Allahyarham meninggalkan enam orang anak. Beliau merupakan seorang kakitangan yang paling lama berkhidmat dengan Pejabat Agung PAS semenjak tahun 1980an lagi dan merupakan lulusan daripada universitas Indonesia dan berasal daripada Pahang.
Jawatan terakhir beliau ialah Setiasaha Penerangan (Eksekutif) PAS Pusat. Beliau juga adalah pemegang permit majalah Al Muslimah yang pernah popular suatu ketika dulu.