Kredit: FB Has Mat
Ikut logik politik Malaysia.. angka 129 ni sudah pastinya sumbangan dari GPS. Tapi Tok Wan komen kata kerja gila klu GPS sokong Atok dan PH kembali? Dlm politik semua blh jadi..org politik pun ‘gila-gila’ jugak..hari ni lain esok lain pulak.. dlm politik 1+1 tak semestinya 2.. Almost all politicians ni mengamalkan falsafah politik Machiavelli ‘Matlamat Menghalakan Cara’.
Kita kena akui GPS skrg merupakan ‘King Maker’ dlm politik Malaysia dan bukannya PAS walupun PAS pernah bercita2 nk jd king maker masa PRU14 dulu.Dlm keadaan ini GPS blh demand kpd mereka yg nk sgt sokongan dari GPS dan sepatutnya GPS demand minta jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia!! Kalau dpt.. baru la power!!
Kenapa ada ura² GPS nk tarik diri dari PN???
Masalahnya adalah PAS! Dari awal lg GPS memang dh tak brp nk ngam dgn keputusan utk bekerjasama dgn PAS.Selain isu arak yg tgh hangat skrg, isu Agama dan Perkauman adalah alat politik yg sering PAS gunakan utk meraih sokongan dan ianya nyata tidak sesuai digunakan di Sarawak.
Sokongan GPS terhadap PN cuma sokongan utk menukar kerajaan dan peluang utk kembali menjadi kerajaan bukannya sokongan utk membentuk gabungan politik seperti gabungan BN maupun PH.Sebab itu GPS menolak sekerasnya usaha utk mendaftarkan PN sebagai gabungan politik secara rasmi.Jika ini berlaku.. maka GPS perlu memperuntukan kerusi kpd rakan parti gabungan dlm PRN akan datang.Kerusi mana nk diberikan kpd Bersatu maupun PAS?Adakah rakyat Srwk sanggup membiarkan PAS bertanding di PRN 12 nanti tanpa ditentang oleh calon dar PBB?
Tanpa GPS atau angka 129 ni pun PH mampu utk membentuk kembali kerajaan. Angka yg diperlukan cuma 112 dan khabarnya angka 112 ni sudah berjaya dilepasi cuma tunggu green light atau persetujuan dari DSAI untuk PH ambik kembali kerajaan.Ada dua pendapat/kumpulan dlm PKR tentang isu ambik alih kembali kerajaan ni.. pendapat pertama adalah mereka yg tidak kisah unt kembali sebagai kerajaan dan Atok sebagai PM.. manakala pendapat kedua adalah mereka yg lebih rela utk jadi pembangkang daripada kena game kali kedua dgn Atok.
Apapun semua itu terpulang kpd pimpinan utk membuat keputusan.. kita tunggu.. dan kita cuma harap keputusan yg terbaik utk PH dan PKR.
P/s..
Tahniah kpd Baru Bian yg telah menyertai PSB.
Utk penyokong Azmin terutama geng kartel Sarawak yg telah keluar parti.. Syabass.. anda keluar parti kerana prinsip..
Yg masih bergayut lg dlm parti tu tak blh kata apa dah.. SHAME ON YOU!!