Zaharin
Antara hujjah menolak undi percaya kepada Peja ialah kerana jual ladang milik GLC negeri di bawah harga kerana merugikan rakyat Perak.
INi bagaimana pula?
Di Parlimen YB Baling DS Azeez Rahim telah mendedahkan sepucuk surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU). Surat ini mendedahkan bahawa kerajaan telahpun bersetuju bagi membenarkan penjualan lebih 6,500 hektar ladang LUTH di Sarawak kepada syarikat non bumi (yang dimulakan prosesnya pada zaman PH) dengan dua syarat:
- Harganya RM170 juta
- Ekuiti 30% Bumiputera dalam tempoh setahun selepas penjualan.
Syarat apa benda macam ni? Kita semua tahu harga tersebut jauh lebih rendah daripada harga belian lama (+-RM250juta) dan harga penilaian pertama JPPH (RM224juta). Tapi kita jual juga.
Kita semua tahu bahawa dengan penjualan ini maka hutang RM247 juta terpaksa dihapuskira. Tapi kita jual juga
Kita semua tahu ladang2 ini sedang menghasilkan keuntungan kerana kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) ke paras RM3500 per tan berbanding RM1900 pada zaman PH. Tapi kita jual juga
Kita semua tahu 30% ekuiti Bumiputera itu boleh dibuat senang2 melalui lantikan proksi. Tapi kita jual juga
Dan kalau dalam masa setahun ini proksi tidak dapat dilantik bagi memenuhi syarat 30% tu, apa Tabung Haji boleh buat? Ambil balik tanah kemudian nak bayar balik Tamaco dengan apa? Sedangkan hasil sawit telah dikutip berganda.
Bodoh sangat ke kita?
Penjualan ini daripada dulu hingga sekarang adalah antara isi tentangan UMNO dan PAS ke atas PH. Membenarkan penjualan ini bukan saja bukti PPBM gagal menjaga aset umat Islam, tetapi tiada rasa hormat ke atas sensitiviti rakan kongsi.
Kalau benar perlu dijual sekalipun. Maka ia mesti create value (cipta nilai) dan memberikan pulangan munasabah kepada Tabung Haji. Ini basic common sense.
MP UMNO tidak bercada