Ipohmali
Hari ini heboh katanya Fatwa “Haram” Amanat Haji Hadi hilang dari radar pautan di Web JAKIM, Bayangkan..Fatwa pun boleh padam.. Sudah pasti ini kerja Menteri Datuk Nikah Kahwin..
Itu sebab tajam seorang Faqih seperti P Ramlee menterjemahkan sifat Ulama jahat dalam sebuah Kerajaan yg Khianat dalam filem Musang berjanggut.. antara Dialog dalam filem tersebut..
Puspa Wangi: Salah atau tidak jikalau seorang lelaki, masuk di rumah seorang perempuan, semasa suaminya tak ada di rumah?
Datuk Nikah Kahwin: Hoi, itu salah besar… salah besar.
Puspa Wangi: (Menuding jari) kalau begitu, kanda ni kan salahlah.
Datuk Nikah Kahwin: Eh salah jugaklah. Tapi itu tak jadi apa, sebab… undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin. Itu semua boleh padam (ketawa).
Betul lah tu.. Undang2 ni Kanda yang bikin.. Nasib watak perempuan tu Puspawangi, Bukan Mawar.. Tapi tetap sama, sama sama bunga, sama sama wangi..
Yang penting semua boleh padam.. 🙂