Isu dana RM600 bilion digunakan tanpa dibentangkan di Dewan Rakyat pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan yang kemudian didedahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam didakwa melibatkan beberapa pelanggaran peraturan.
Hal itu didedahkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media beliau di Kementerian Kewangan pagi ini.
Katanya, Pengerusi PN tidak perlu mencabarnya untuk mendedahkan sebarang salah laku kerana Kementerian mempunyai bukti pelanggaran berkenaan.
Katanya, memang RM600 bilion adalah jumlah besar melibatkan pengeluaran KWSP dan moratorium bank. Namun katanya ada beberapa puluh bilion yang dibelanjakan secara tidak telus.
“Tetapi ada beberapa puluh bilion lain yang diluluskan yang menunjukkan ada pelanggaran
“Jadi saya beri peringatan kepada Muhyidin, jangan cabar kerana memang ternyata ada beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dan beberapa syarikat berkepentingan terkait keluarga juga terlibat,” katanya di selepas memasuki pejabat Kementerian Kewangan hari ini.
Bagaimanapun, tegas Anwar, bukan tujuan beliau untuk semata mata membongkar skandal kerajaan yang lalu, tumpuan utamanya adalah untuk memperbaiki pertumbuhan ekonomi negara.
“Bukan maksud saya (semata mata membongkar skandal), saya nak tumpu mengurus negara, memacu pertumbuhan ekonomi untuk kebaikan kepada rakyat,” katanya.