Setiawan: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa ketika ayahnya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri beliau pernah menolak tawaran biasiswa untuk dirinya ketika melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Hari ini sejarah lama terukir kembali setelah beberapa belas tahun saya meninggalkan UTP. Berbagai kenangan pahit manis di sini mengetuk pintu hati saya.
“Di UTP, berlakunya politik kotor UMNO apabila ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat jawatannya.
“Sebelum itu, kerajaan penah menawarkan bantuan biasiswa kepada ayah untuk diberikan kepada saya, namun ayah menolak kerana masih ramai rakyat yang susah perlu diberikan bantuan pendidikan,” kata Nurul Izzah dihadapan 2000 lebih hadirin dalam ceramah rakyat di Setiawan, Perak dalam keadaan hujan lebat.
Menurut Nurul, sikap tamak pimpinan UMNO dengan mengaut keuntungan harta negara sehingga kuota biasiswa untuk mahasiswa juga hendak diboikot.
Katanya, apakah slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ oleh UMNO benar-benar sesuai di gunakan.
“Rakyat yang susah untuk melanjutkan pelajaran perlu buat permohonan tetapi anak-anak menteri begitu mudah dapat.
“Pelajar mahu belajar tetapi mereka perlu buat permohonan (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).
“Pelajar kena tangung hutang dikenakan bunga lagi sehingga tak mampu nak bayar hutang tersebut walaupun mereka sudah bekerja, Apakah ini dikatakan membantu rakyat?” soal Nurul Izzah.
Beliau mengulas lagi, di Turki selepas menang dalam pilihanraya 2002, Menterinya Reccep Tayyip Edrogen pernah berkata, ‘Saya tidak akan bangga menjadi Perdana Menteri jika ada anak fakir miskin yang tidak mampu belajar sebab miskin’.
“Lihat bagaimana seorang Perdana Menteri sanggup korban dan rendah hati untuk rakyat, bagaimana Menteri-menteri kita di Malaysia?
“Sekarang Turki memberi pendidikan percuma daripada peringkat Sekolah Rendah sehingga ke Universiti. Apakah Negara ini kaya, ada minyak sawit, ada minyak petrol? Langsung tiada.
“Di Malaysia, petronas, minyak kelapa sawit semua ada. Untung Petronas sahaja RM80 billion. Jadi mengapa tidak mampu beri pendidikan percuma kepada anak-anak rakyat Malaysia secara percuma. Pendidikan sangat penting,” katanya.
Tegas Nurul PR beri jaminan, jika menang PRU13, tahun itu akan beri pendidikan percuma, hapuskan PTPTN.