Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenaikan harga minyak petrol RON97 naik 30 sen kepada RM3.00 seliter bermula awal September baru-baru ini tidak mencermin tindakan mendahulukan rakyat.
Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana tidak dihebahkan secara meluas melalui Menteri yang bertanggungjawab.
“Ini berlainan jika pengumuman penurunan harga petrol akan dihebatkan secara meluas dan sudah tentunya Menteri yang terlibat akan membuat satu sidang media khas disifatkan hanya ‘berlakon’ dan mengulangi skrip yang sama sahaja.
“Kerajaan Umno / Barisan Nasional (BN) juga akan mengulangi perbandingan dengan negara-negara bukan pengeluar utama petroleum dengan kadar kenaikan minyak petrol di Malaysia yang akan dikatakan munasabah dan mesra rakyat.
“Pada tahun ini sahaja, harga petrol RON97 telah naik 10 sen dengan harga barunya RM2.50 seliter pada awal Januari yang lalu. Dan pada awal April yang lalu, harga seliter RON97 berharga RM2.60 setelah ianya naik 10 sen.
Menurut beliau lagi, kemungkinan harga minyak akan disubsidi menjelang pilihanraya umum bagi mewujudkan feel good factor kepada rakyat.
“Apa yang saya dapat lihat, BN akan menjadikan pembentangan Belanjawan Negara pada hujung September ini untuk menggambarkan mereka membela rakyat dan kemungkinan RON97 akan diturunkan harganya? Kemungkinan ini dapat dilihat ekoran kekerapan kenaikkan harga petrol RON97 yang memberikan kesan sokongan kepada BN. Saya turut menjangkakan harga RON95 juga akan diturunkan oleh BN bagi mengembalikan sokongan kepada mereka menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13! Tahniah BN, janjimu menepati!” katanya.