Meskipun dalam hujan renyai dan keadaan tapak program yang becak, namun tak menghalang 20,000 hadir ke ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perak di Padang SEDC, Bandar Seri Iskandar malam tadi.
Suasana Himpunan Kebangkitan Rakyat seperti pesta. Bermula dengan konvoi Alternative Rider Club (ARC) pada sebelah petang, kemudian disusuli konsert menampilkan artis pro-perubahan Ito dan Nik Jidan.
Puluhan warung NGO, busana aktivis pro-perubahan dan gerai makanan menjadi pilihan pengunjung, manakala kenderaan terpaksa diletakkan sepanjang lebih tiga kilometer menunjukkan kehadiran ribuan pengunjung bukti semangat perubahan yang mahu dilakukan oleh rakyat negeri Perak.
Rakyat pelbagai kaum dari latarbelakang umur berbeza memeriahkan suasana. Seperti turun ke perlawanan bola sepak, ralyat Perak hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan gaya tersendiri.
Ada yang memakai t-shirt khas himpunan, ada yang meletakkan poster pimpinan Pakatan Rakyat di cermin kereta dan ada yang menggantung bendera di keliling motosikal.
Ceramah dimulakan kira-kira jam 9.00 malam oleh NGO penyokong Himpunan Kebangkitan Rakyat. Dari NGO GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) dan Royalti, disusuli ucapan pimpinan Pakatan Ralyat tempatan.
Acara kemuncak bermula dengan ucapan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw, Presiden Pas, Datuk Aseri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.