Sejak almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor menggerakkan GERAK bersama DAP dan juga Parti Rakyat pimpinan Syed Husin Ali dan juga kemudian wujud NGO ADIL pimpinan Wan Azizah Ismail ianya amat berjaya menyatukan sebahagian besar generasi muda dan ahli2 Umno yang menyedari kezaliman Mahathir memfitnah Anwar dan mengaibkan beliau.
Langkah mantan Presiden PAS itu bukan mudah untuk diterima oleh pemimpin PAS ketika itu dimana berlaku beberapa mesyuarat dan perbincangan untuk menentukan pendirian PAS berhubung dengan pemecatan Anwar tersebut.
Satu ceramah besar telah dilancarkan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan untuk mengembleng jentera PAS supaya tidak terpengaruh dengan isu pemecatan Anwar. Mohamad Sabu yang mengepalai ceramah tersebut dengan bersemangat dan berapi2 menegaskan bahawa hal tersebut adalah hal keluarga Umno dan tidak melibatkan PAS samasekali dan juga menolak apa saja cara untuk membela Anwar ketika itu kerana serik dengan pilihan Anwar menyertai Umno pada 1982 dan juga Anwar melakukan apa saja perkara menentang PAS ketika dalam Umno.
Juga berlangsungnya ceramah di Kota Bharu menyatakan pendirian bahawa PAS tidak akan terpengaruh dengan isu pemecatan tesebut sebaliknya menganggap bahawa PAS tetap akan meneruskan perjuangannya seperti biasa kerana isu tersebut adalah isu keluarga besar Umno. Masih teringat pesanan Tok Guru Nik Aziz ketika itu iaitu, “kita (PAS) adalah kita dan dia (ANwar-Umno) adalah dia dan kita akan meneruskan perjuangan PAS sehingga mencapai kemenangan samada di dunia mahupun akhirat…”.
Terkini, selepas Fadzil Noor telah kembali ke rahmatullah diganti oleh Timbalannya iaitu Tok Guru Haji Abdul Hadi maka perjuangan menentang kezaliman UmnoBn samada kepada Anwar ataupun kepada rakyat tetap diteruskan oleh PAS yang mana dengan gelombang kebangkitan rakyat yang bersama pendirian PAS sedari awal semasa Presiden PAS masih hidup mendatangkan rahmat kepada PAS yang mnegejutkan iaitu PAS dapat menguasai negeri Terengganu.
Kejayaan PAS itu hampir menyamai kemenangan PAS bersama Semangat 46 (S46) menawan negeri Kelantan pada 1990 dengan memberikan BnUmno ‘0’ dan PAS bersama S46 menyapu bersih kerusi parlimen dan juga kerusi DUN. PAS Terengganu meninggalkan kepada Umno 4 kerusi sahaja itupun dengan majoriti yang amat tipis sekali.
Selepas Anwar dibebaskan dalam era pemerintahan PM Abdullah Ahmad Badawi beliau tidak dapat berpolitik kerana sekatan undang-undang namun selepas tamatnya sekatan tersebut maka Anwar terus bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh yang sebelum ini dimenangi oleh isteri beliau.
Pada masa tersebut Pakatan Rakyat telah memenangi 4 negeri tidak termasuk Kelantan yang akhirnya Anwar meneruskan tradisi memenangi kerusi tersebut dengan majoriti yang amat selesa.
Anwar terus menerus mengepalai perjuangan bersama parti-parti yang bersepakat dalam gabungan yang dinamakan sebagai Pakatan Rakyat.
Isu siapa Perdana Menteri adalah cetusan mula oleh Umno juga yang hendak melaga-lagakan kaum-kaum dalam PR dengan kononnnya Umno sokong TG Haji Hadi jadi PM bimbang takut Lim Kit Siang dari kaum Cina jadi PM dan Umno menolak Anwar yang difitnahnya dengan macam-macam fitnah dulu dan selamanya.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat TG Dato Harun Taib menegaskan kepada media bila diajukan soalan siapa PM jika PR menang, dengan mudah Harun berkata ikut formula demokrasi parti mana yang dapat majoriti di parlimen maka parti dia lah yang akan diangkat sebagai perdana menteri.
Itu asas yang akan diterima oleh semua pihak jelas, terang dan terhormat. Tiba-tiba timbul isu PAS hendak mencalon individu tertentu atau ahli parlimen dari Umno dan bukan pemimpin utama PR aiitu Anwar Ibrahim.
Kita merasakan inil adalah kemenangan Umno dan BN yang berjaya menyusup masuk dalam batang tubuh PAS secara diam dan senyap yang akhirnya menzahirkan dendam sesaorang kepada Anwar kerana menyertai Umno pada tahun 1982.
Tanpa menyedari Anwarlah yangdengan jayanya menjuarai perjuangan rakyat menentang UmnoBn yang akhirnaya memaksa UmnoBn menukar banyak dasarnya untuk menyaingi PR yang hendak ubah itu dan ini jika berkuasa kelak. Sehinggakan setiap saat dan detik PM Najib terpaksa berjanji dengan rakyat seperti kata Najib ‘janji ditepati’ sebagai memancing pengundi agar kekal mengundi BN pada PRU 13.
Sebelum ini pembangkang tidak mempunyai pemimpin yang boleh mengetuai perjuangan menentang BnUmno dengan begitu kuat sebaliknya Allah menganugerahkan Anwar kepada PAS menjadi ‘tali penyambung’ untuk menentang keegoaan BNUmno yang merasakan mereka kebal dan kekal selama-lamanya.