Misi menawan Pahang diperkuat dengan kehadiran trailer jelajah PAS. Traler ini dikhususkan untuk mengangkut peralatan ceramah dan memudahkan para penceramah bersama khalayak walau di mana pun mereka berada.
Mengikut jadual traler yang mula menjelajah sejak semalam akan mengikuti laluan ke bandar Bentong, Jerantut, Kuala Lipis dan seterusnya ke Marang Terengganu menjelang Jumaat ini.
Pagi ini traler berhenti di Felda Mempaga dan pemimpin PAS, PKR dan DAP negeri beramah mesra bersama penduduk setempat dan memberikan ucapan ringkas.
Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang akan hadir memberi ceramah ialah Tuan Ibrahin Tuan Man, Lim Kit Siang, cikgu Khoh, Wong Tack dan sebagainya.
– Laporan lanjut menyusul dari wartawan R Ismail