Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat kenyataan daripada Dato’ Seri S. Samy Vellu, bekas Presiden MIC yang membuat kenyataan terbuka menyatakan bahawa beliau adalah calon ‘boleh menang’ memberikan signal bahawa beliau bersedia dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi lamanya iaitu Parlimen Sungai Siput.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak Salman Haji Saleh mempersoal adakah MB Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak telah menyenaraikan Dato’ Seri Samy Vellu sebagai calon dan adalah adakah Datuk Seri G. Palanivel, Presiden MIC yang juga Pengerusi MIC Negeri Perak telah dirundingi oleh Samy mengenai perkara itu.
“Walaupun Dato’ Seri Samy Vellu tidak merujuk kebenaran untuk bertanding semula daripada BN Perak, ianya secara tidak langsung menunjukkan Datuk Seri Zambry tidak mampu menyekat Dato’ Seri Samy Vellu jika Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak, Pengerusi BN memberikan keizinan kepadanya untuk bertanding kelak.
“Jika Samy Vellu tidak dibenarkan untuk bertanding, ini menunjukkan BN tidak lagi memerlukan beliau dan secara tidak langsung tidak mengiktiraf peranan beliau yang selama ini dicurahkan untuk pembangunan kaum India. Nampaknya pergolakan dalaman dalam BN Perak semakin bergelora dan ianya akan lebih bergelora lagi bila hampir masa penamaan calon pilihanraya kelak,” katannya.