Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hari Isnin 6 Mei depan akan diumumkan sebagai hari cuti sebaik Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum ke-13.
“Hari Isnin akan diumumkan sebagai hari cuti awam sebaik Pakatan Rakyat menang,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Katanya, cuti umum tersebut untuk mempermudahkan urusan mengundi rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan mereka yang tinggal di Semenanjung dan mengundi di Sabah dan Sarawak.
(Visited 93 times, 1 visits today)