Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berharap projek bernilai RM 6 bilion membina lebuhraya menghubungkan Banting di Selangor dan Changkat Jering, di Perak dapat direalisasikan segera
Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss perkara tersebut telah lama diperkatakan semenjak 8 Jun 2011 dan tidak mahu ia hanya tinggal janji pilihan raya BN.
“Kami tekankan, usaha projek mega ini penting untuk pembangunan persisiran lebuhraya yang sedikit sebanyak akan menambahkan pendapatan ekonomi apabila lebuhraya tersebut siap kelak.
“Kami positif atas usaha projek mega ini, tetapi mengharapkan ianya sudah digerakkan projek tersebut dan bukannya masih di meja media.
“Kami yakin lebuhraya yang akan dibina kelak akan memberikan kemudahan secara tidak langsung yang akan menghubungkan antara Negeri Selangor dan Negeri Pulau Pinang. Ianya diyakini memberikan impak positif kerana kedua-dua negeri ini mencatatkan keyakinan pelabur asing beberapa tahun yang lalu.
“Dengan adanya nanti Lapangan Terbang baru dan Landasan Keretapi baru yang menghubungkan Lumut dan Ipoh sepertimana yang telah diwar-warkan sebelum ini akan merancakkan lagi pembangunan di Perak.
“Kami sentiasa bersikap positif dan menyokong setiap pembangunan di Perak. Bagi kami pembangunan yang akan dilakukan di Perak menunjukkan keharmonian dan kelangsungan pemerintahan yang ada di Perak khasnya,” katanya