Agenda tersebut menurutnya ialah, mengemaskan dan memantapkan organisasi (tanzim) samada di peringkat kawasan, DUN dan cawangan – cawangan supaya pergerakan dan pengurusan mereka dalam keadaan tersusun dan teratur.
Selain itu, katanya, program penambahan ahli PAS akan dipertingkatkan dan diperhebatkan terutamanya di peringkat cawangan bersesuaian dengan slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) yang telah dilancarkan oleh PAS Pusat beberapa tahun lepas.
“Agenda ketiga ialah memperluaskan dan menghidupkan program tarbiyyah bagi memberi kefahaman yang jelas kepada semua ahli PAS berkenaan dasar,
halatuju dan pendekatan (approach) PAS dalam konteks sebagai sebuah parti politik dan badan dakwah untukmemartabatkan Islam yang syumul di Malaysia ini.
“Agenda keempat ialah melaksanakan ‘engagement’ dengan masyarakat sekeliling yang terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan dan sosial ekonomi bagi
memberi kefahaman dan memberi khidmat terbaik kepada masyarakat sekeliling tanpa batasan pengaruh politik,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau berkata, sebagai sebuah parti politik dan badan dakwah, ‘engagement’ PAS akan diperluaskan meliputi badan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri , Non-Government Organisation (NGO) dan pemimpin masyarakat dari pelbagai kaum dan keturunan’.
Seramai 550 perwakilan dari 68 cawangan dan ahli jawatankuasa Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan telah memilih 16 orang AJK untuk sessi 2013/2015 yang terdiri daripada Hj. Abdul Razak Ibrahim, Halfian Ahmad, YB Hj Hanafiah Ramli, Hj Johan Ismail, Mahadi Mahmud, Maznan Chik, Megat Suhaimi Megat Idrus, Mohd Tishaah Hamzah, Nafisah Binti Harun, Noor Reha @ Zaiton Jusoh, Ustaz Osmarizal Omar, Roslan Endut, Ustaz Suhaimi Sahidin. Hj Wahab Ahmad dan Zulkifli Mat Yakim.
Ahli Jawatankuasa yang dipilih juga telah sebulat suara melantik Mohd Hafiz Adam sebagai Setiausaha PAS Kawasan Kemaman sessi 2013/2015, YB Hj Hanafiah
Ramli sebagai Ketua Penerangan dan Hj Johan Ismail sebagai Bendahari.
Mesyuarat Agung PAS Kemaman telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS dan YB Arifin Deraman sebagai wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.