Nampaknya UMNO BN sudah mula menjilat ludah-ludah mereka dengan apa yang telah mereka lakukan selama ini… Tak termimpi kita bahasa kini akan ada satu kerajaan baru diangkat oleh rakyat untuk membuat kerja menyedarkan pemimpin pemerintah yang sudah tua usianya yang memikirkan apa mereka lakukan selama ini adalah betul dan benar belaka…
Tidak siapa pun nafikan dan katakan itu duit GUAN ENG.. ia berbalik kepada mana UMNO BN selama ini melakukan duit peruntukan PARLIMEN & ADUN seperti harta mak bapak mereka dimana dikawasan yang mereka kalah duit peruntukan tersebut akan turun kepada ketua bahagian mereka….yang mana duit tidak diaudit oleh juruaudit negara.
Sedangkan duit peruntukan tersebut ialah duit rakyat seperti mana KETUA PEMBANGKANG DUN PULAU PINANG katakan ini…
Apa yang rakyat inginkan adalah perkara seperti ini dimana duit rakyat dipulangkan kepada rakyat… dan duit ini haruslah diaudit untuk melihat supaya tidak ada penyelewengan berlaku…
UMNO BN oh UMNO BN…baru ada akai hangpa lanie…
Umno: Peruntukan bukan duit Guan Eng pun
“Wang itu bukan milik Lim (Guan Eng), tapi rakyat,” begitu reaksi segera Ketua Pembangkang Pulau Pinang Jahara Hamid ketika ditanya tentang peruntukan RM40,000 untuk setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di negeri itu.
NONEJahara (kanan) bagaimanapun berkata, beliau memandang langkah itu sebagai positif, demi untuk kepentingan rakyat.
Lim, ketua menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan, sepuluh ADUN Umno di negeri itu akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.
Katanya, peruntukan kepada pembangkang negeri itu “diluluskan secara prinsip” dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu, antaranya bagi menunjukkan keterbukaan Pakatan dalam menghormati prinsip demokrasi.
Sementara itu, ditanya sama ada wakil rakyat Umno akan menerima tawaran itu, beliau hanya menjawab, bahawa wang itu bukan untuk parti Melayu itu, tetapi rakyat.
“Kerajaan persekutuan (dipimpin BN) juga memberi peruntukan untuk pembangunan Pulau Pinang dan tidak pernah mendiskriminasi pihak yang berhak,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.