Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN)
Akhirnya Taib Mahmud terpaksa juga membubarkan DUn Sarawak walaupun masanya belum sampai lagi. Hendak tak hendak terpaksalah Bn Sarawak berhadapan dengan Pakatan Rakyat, SNAP dan calon Bebas bagi mempertahankan BN di sana.
Samada riwayat Bn Sarawak boleh ditamatkan atau dikurangkan kesombongannya semuanya terletak kepada kematangan politik rakyat dan pengundi Sarawak samada untuk terus memberikan kepercayaan lagi kepada Bn atau ingin mencuba parti baru sepertimana Selangor dan lain-lain.
Kemenangan PRK Sibu jadi motivasi
Mungkin peralihan arah undi akan mengikut peristiwa tsunami PRU 12 di Semenanjung 2008 dulu. Tidak mustahil seperti kata Presiden PAS akan ada perubahan mengejut kejutan dari Sarawak. Mungkin juga inilah waktunya pengundi DUN Sarawak akan menunjukkan protes mereka seperti apa yang pernah bekas gabenor Sarawak lakukan melalui parti PERMAS dahulu.
DAP diharapakan bukan sahaja dapat mengekalkan kerusi-kerusi yang sedia ada bahkan boleh menambah lagi, begitu juga PKR walaupun sedang bergelut dengan tindakan ahli-ahli yang tidak berpuashati dan ada penyandang DUN Padungan yang keluar parti kerana tidak disenaraikan lagi kali ini.
PAS hanya mencuba dalam 5 kerusi itupun jikalau diterima oleh pengundi terutama di Tebing Maro. Namun di kerusi lain PAS mengharapakan pertambahan undi bagi memotivasikan jentera parti.
Isu Anwar, Video dan terkini ada lagi kematian di pejabat SPRM
Ingatkan Bn berterusan mendapat impak positif dengan pendedan video seks yang difitnahkan bahawa Anwar adalah orangnya yang menjadi pelakunya. Namun dengan terdedahnya beberapa Datuk banggang dan benggang atau Datuk penipu maka semakin terserlah siapa sebenarnya yang mendalangi kes video tersebut. Terang lagi bersuluh sekarang yang mendapat simpati ialah Pakatan Rakyat kerana difitnah oleh BN melalui Datuk Trio tersebut.
Tenang tak tenang maka berlaku lagi dengan kehendak Allah Taala satu kematian mengejut yang melibatkan seorang pegawai kanan Kastam selangor yang didapati mati mengejut selepas diikatjamin di pejabat SPRM Selangor.
Sedang kes kematian Teoh Beng Hock sedang dibicarakan oleh Suruhanjaya Di Raja belum selesai lagi dan sedang menunggu kesudahannya samada pihak mana yang bertanggungjawab dengan insiden di pejabat SPRM Shah Alam itu.
Kerajaan rintis jalan bekerjasama dengan Blogger secara serius
Alhamdulillah akhirnya dapat dicapai kata sepakat oleh para blogger berjumlah 40 orang untuk mengota kata bersama kerajaan PR dimulai oleh negeri Kelantan bagi mengembleng tenaga bagi mengekalkan kerajaan PR serta hasrat menuju Putrajaya.
Satu trademark telah diberikan oleh para blogger iaitu REVOLUSI 2013 sebagai tema untuk menumbangkan BN pada PRU 13 nanti.