Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar Negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.
Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.
Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan.
“Wakil-wakil keluarga diraja tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka,” menurut laporan WSJ.