Majlis pelantikan dan angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu akan diadakan di Seri Mutiara pada Isnin ini
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus, semalam.
Namun siapa calon Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu masih menjadi persoalan.
Khabar angin mengatakan Adun Padang Kota, Chow Kon Yeow mungkin akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu.
Spekulasi itu semakin kuat diperkatakan apabila Manifesto Pakatan Harapan Pulau Pinang mengehadkan jawatan ketua menteri selama dua penggal.
Sebelum ini, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang oleh Lim Guan Eng selama dua penggal sejak 2008.
Jika merujuk kepada manifesto tersebut, ia bermakna Pulau Pinang akan menerima ketua menteri yang baharu.
Pada PRU14, Pakatan Harapan berjaya mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri untuk penggal ketiga selepas memenangi 37 daripada 40 kerusi Dun.
Sementara BN hanya menang di dua kerusi Dun dan Pas menang di satu kerusi Dun.