Ulasan: Prof Dr Hamirdin
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Amalan berpolitik begitulah. Sekiranya anda tidak sehaluan dengan pandangan dan pendirian rasmi parti, samada anda keluar parti, menyendiri atau mati beragan atau layu mati terkulai. Zaman Daeng Sanusi Daeng Mariok, beliau memberi tahu kami kaedah PAS adalah membiarkan kes yang sedemikian mati beragan.
Pendirian PAS terhadap Nasharudin Mat Isa nampaknya masih lagi menggunakan landasan seperti yang disebut oleh Pak Daeng tersebut. Telah banyak kes yang berlaku, di mana pemimpin itu yang terkucil, dan ahli bawahan tetap istiqomah dengan perjuangan.
Teringat kata kata Pak Leman yang menjual pasemboq di restoren amjal: dia ni yang pimpin usrah kami di Kampung Kerinchi, tetapi sekarang dia dalam dakapan umno. Teringat kata kata sahabat sahabat di Batu Laut, Sepang sekitar 1990s: dia dulu yang memperkenalkan kepada kami PAS dan mengusrahkan kami, tetapi sekarang jadi ADUN umno.
Teringat seorang yang membawa pelajar pelajar sekolah menengah swasta ke pelbagai program rehlah dengan tujuan untuk turn over pelajar pelajar tersebut supaya menjadi pendokong PAS, sekarang dia seoarang menteri UMNO.
Sekitar pilihanraya 1969, negara digempaqkan dengan isu kafir mengkafir. Maka untuk meredakannya diadakan majlis bersumpah di masjid. Presiden PAS (pada masa itu Yang Di Pertua) bersumpah di masjid Muhammadi Kota Bharu, presiden UMNO bersumpah di masjid Zahir Alor Star.
Sebaik selesai pilihan raya negara dilanda mala petaka peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Presiden UMNO tersebut, Tunku Abdul Rahman, diakhir hayatnya keluar UMNO dan tidak mati dalam UMNO.
YDP PAS diakhir hayatnya, keluar PAS dan
setakat yang aku tahu, mati dalam keranda UMNO
KOMEN EDITOR :
Pada tahun 1995 dulu Calon Parlimen PAS bagi Bandar Tun Razak, Abdul Malek Husin berpaling tadah akhirnya kini terpaksa diambil Anwar Ibrahim kerja di pejabatnya di parlimen.
Bekas ADUN PAS di Terengganu Ghazali Ahmad selepas dipecat dan gagal merayu masuk S46 dan akhirnya masuk Umno dan hanyut bersamanya
Ismail Jirat dari Dewan Ulama PAS Kelantan pun masuk Umno
Prof Madya Md Nor Idris dari Kelantan masuk Umno kekal sehingga sekarang
bekas ADUN Jerteh Ustaz Abdul latif Muhamad selepas dipecat masuk Umno tapi kini kembali semula kepada PAS
semoga mereka yang masih hidup dapat kembali kepada perjuangan Islam bersama PAS dan Allah mengampuni dosa-dosa kita dan mereka jika bersalah dan tersilap sebelum ini.
Dan banyak lagi sejarah bercerita sehingga akhir dunia ini.
(Visited 202 times, 1 visits today)