Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah memaklumkan, surat watikah bagi calon Dewan Undangan Negeri N39 Kota Damansara dan kawasan Parlimen P62 Sungai Siput telah ditandatangani Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah.
“Kami gembira kerana dapat mencapai persefahaman di DUN Kota Damansara dan Parlimen Sungai Siput Kami yakin dengan kredibiliti dan dedikasi kedua calon yang menggunakan logo KEADILAN,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Katanya, kontroversi berhubung penggunaan logo parti telah diselesaikan secara kompromi bersama pimpinan Parti Sosailis Malaysia dan penyerahan watikah calon akan dibuat hari ini.
Tambahnya, kedua calon adalah penyandang dengan prestasi kerja membanggakan, manakala ahli akar umbi turut menunjukkan sokongan.
Justeru, beliau berharap aktivis KEADILAN dan PSM dapat meneruskan gerak kerja kempen sebagai satu pasukan untuk menumbangkan Barisan Nasional.
“Ini signifikan dengan perlawanan dalam pilihan raya umum ke-13. Kita mengharapkan di kesemua tempat yang ditandingi dibawah log KEADILAN,: katanya.
Jelas Sivarasa, KEADILAN sebelum ini sudah biasa dan sentiasa bekerjasama bersama aktivis PSM seperti yang dibuat dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Sementara itu, Elizabeth Wong menambah, KEADILAN Cabang Subang akan memberi sokongan penuh termasuk jentera dan publisit kepada calon Kota Damansara, Dr Nasir Hashim dan Dr Jeyakumar di Parlimen Sungai Siput.
“Sudah tentu kita akan beri sokongan padu. Bermaksud sokongan penuh dalam apa-apa cara yang diperlukan. Kita pernah bekerjasama sebelum ini. DUN Kota Damansara dan Bukit Lanjan turut berada di dalam parlimen Subang,” kata Elizabeth.