Dewan Pemuda PAS Malaysia menjangkakan kedudukan kewangan negara yang hangat dibahaskan akan diletakkan beban sepenuhnya kepada rakyat berikutan defisit fiskal negara kini bakal meningkat.
Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata kemungkinan berlakunya penarikan lebih besar subsidi ke atas bahan api dan makanan akan berlaku selepas Bajet 2014 berikutan kenyataan terbaru Dato ‘ Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan juga Dato’ Seri Mohd Nazir Tun Abdul Razak, ‘orang nombor satu’ CIMB tentang masalah kewangan negara.
“Dato’ Sri Mustapha meminta rakyat agar menerima tindakan ‘tidak popular’ yang bakal dibuat oleh Kerajaan Malaysia tentang agihan insentif kepada rakyat yang selama ini telah diberikan agar dikaji semula. Dan Dato’ Seri Nazir juga mengharapkan agar Kerajaan Malaysia memikirkan kembali pemberian insentif kepada rakyat berikutan defisit fiskal negara akan terus meningkat jika pihak kerajaan masih meneruskan pemberian seumpamanya kepada rakyat selama ini.
“Kami menjangkakan bahawa pihak kerajaan bakal melakukan sesuatu setelah selesainya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Sungai Limau kelak. Kami cukup bimbang dengan suasana yang bakal rakyat menerimanya berikutan satu tekanan kos kehidupan rakyat yang terpaksa dilalui. Dengan suasana purata kadar gaji minima yang masih rendah di Malaysia, sudah tentu rakyat kebawahan tidak mampu melaluinya jika pihak kerajaan menarik beberapa subsidi yang diberikan!” katanya.