Pasukan petugas khas ditubuhkan Putrajaya mendedahkan sedang menyiasat akaun Affin Bank atas nama Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menerima deposit wang berjumlah RM2 juta seperti didedahkan Sarawak Report semalam.
Pasukan petugas khas berkata, mereka sudah mengetahui perkara itu sebelum ia didedahkan media – merujuk kepada dakwaan yang dibuat laman pembocor maklumat itu semalam.
“Berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri perdana menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh pasukan petugas khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan,” kata pasukan petugas khas dalam satu kenyataan ringkas petang ini.
“Berhubung pendedahan dalam media yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semua pendedahan itu dipandang serius pasukan petugas khas dan siasatan akan dibuat serta kenyataan diambil daripada semua orang yang berkenaan.”.
Sarawak Report semalam mendakwa isteri perdana menteri itu menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.
Menurut Sarawak Report, jumlah itu didakwa didepositkan seorang “pembantu peribadi” Datin Seri Rosmah Mansor bernama Roslan Sohari menerusi 8 transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Seri)” di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.
Kenyataan terkini dari pasukan yang diketuai empat agensi penguatkuasa dalam negara ini belum cukup diyakini ramai orang kerana skop siasatan mereka yang melencong jauh daripada jangkaan orang ramai.
Mereka sehingga kini belum mengumumkan sama ada wujud pemindahan dana RM2.3 bilion yang didakwa dibuat kepada akaun peribadi Najib.
Sebaliknya, pasukan itu sekadar mengumumkan mereka tidak membekukan akaun Najib kerana ia sudah ditutup.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut serta dalam pasukan itu sekadar mengumumkan pihaknya akan memburu orang yang membocorkan dokumen yang digunakan WSJ dalam laporan mereka.
P/S: Pelik alasan pasukan khas ni. Mereka kata dah siasat lebih awal. Tapi nak siasat tu atas tuduhan apa?
Sarawak Report tuduh ada kemasukan nilai RM2 juta. Tp kalau pasukan khas siasat lebih awal atas tuduhan apa pula? Biasanya orang siasat lepas fakta dibongkar.
Kalau macam ni Rosmah mesti mengamuk kepada pasukan khas kerana siasat benda yang tak ada sumber / laporan sahih.