Sokongan media amat bermakna untuk menyampaikan mesej perjuangan PAS kepada rakyat. Oleh yang demikian para wartawan akhbar tidak dilupakan sempena Tahun Baru Cina ini.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah mengambil inisiatif menziarahi semua Syarikat Akhbar Media Cina di Bandaraya Ipoh bagi menyerahkan buah limau sempena Sambutan Tahun Baru pada 1 Februari lalu.
Serahan buah limau tersebut di ketuai oleh Mohd Munir Ali, Timbalan Ketua bersama dengan Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha dan juga Ridzuan Rashid Exco yang juga Pengerusi Perpaduan Nasional.
Antara Syarikat Akhbar tersebut ialah Sin Chew Daily & Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau & The China Press, Kwong Wah Yit Poh dan Oriental Daily telah dilawati dan diserahkan untuk semua warga media tersebut.
Pemuda PAS Perak juga mengucapkan “GONG XI FA CAI” kepada semua warga media yang masih bertugas di pejabat mereka sepanjangm musim perayaan.