Majlis presiden Pakatan Harapan mahu merumuskan satu manifesto yang khusus untuk Sabah dan Sarawak bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Tun Dr Mahathir berkata gabungan itu sedang memberi perhatian kepada 2 negeri Timur Malaysia itu dan berbincang tentangnya secara panjang lebar.
“Kita akui bahawa amat perlu sekali PH faham masalah dan perasaan masyarakat Sabah dan Sarawak.
“Ini akan dibincang dalam jawatankuasa khusus yang akan beri laporan dalam majlis presiden PH yg akan bersidang pada 24 Ogos.
“Saya percaya masalah Sabah dan Sarawak amat serius. Ingin dengar cadangan semua pihak untuk bentuk satu manifesto khusus untuk Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang akhbar, semalam.
Sidang akhbar itu diadakan susulan satu mesyuarat majlis presiden yang mengambil masa 3 jam. – FMT