Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Pulau Pinang kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Koon Yew Yin di laman blognya yang telah menyinggung perasaan anggota tentera.
Yang Dipertuanya, Abu Hasan Abd Malik berkata, anggota tentera telah bertungkus lumus mempertahankan keamanan negara tanpa perlu mengangkat senjata untuk berperang walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.
“Ini kerana sikap rakyat Malaysia yang boleh toleransi, bertanggungjawab dan hormat kepada Institusi Raja berpelembagaan.
“Tetapi kalau ada banyak orang seperti individu ini, sudah pasti ia boleh menggugat keamanan dan kemakmuran negara,” katanya.
Menurutnya, pihak kerajaan harus ambil tindakan tegas terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
“Ini bukan kali pertama dia mengeluarkan kenyataan sebegini kerana dia pernah menetang juga konsep negara Islam.
“Saya pasti lebih banyak lagi kenyataan negatif yang akan dikeluarkan jika ia tidak dibendung dari awal,” katanya.
Tegasnya, ini adalah satu penghinaan kepada semua anggota tentera dan Institusi Raja-Raja.