Pakatan Harapan mempunyai jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Salah seorang yang mencukupkan jumlah itu malam tadi adalah bekas sekutu Azmin Ali dari Sarawak, Baru Bian
Baru yang merupakan ahli parlimen Selangau menandatangani Akuan Berkanun (SD) sebagai ahli parlimen Bebas yang menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke-8 Malaysia
Sementara itu, Dr Mahathir malam tadi menyatakan jumlah sokongan ahli parlimen Bersatu yang dipersembahkan oleh Muhyidin Yassin kepada Yang Dipertuan Agong pada siangnya adalah tidak tepat kerana enam dari mereka menandatangani SD yang menyokong Tun Dr Mahathir.
Keenam-enam mereka adalah Dr Mahathir (Langkawi), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Sadiq Syed Abdul Rahman (Muar), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Dr Mazlee Malik (Simpang Renggam) dan Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah).
Sehubungan itu, Tun Mahathir meminta Tuanku Yang Dipertuan Agong menerima penjelasan beliau dan memperkenankan beliau menjadi PM 8.