Kredit: Ipohmali
2-3 hari ini..Harga minyak dunia dalam ukuran brent telah naik ke paras USD 30 berlegar dalam purata USD 20 dalam tempoh 3 minggu yang lalu.. ini disebabkan banyak dari negara Dunia termasuk Malaysia telah membuka ruang ekonomi mereka bergerak..
Apapun USD 30 itu jauh lebih rendah kalau diikutkan purata harga minyak Di zaman PH sekitar USD 65 mengikut ukuran brent.. penganalisis meramalkan tahun ini jika ekonomi kembali dibuka sekalipun..harga minyak hanya pada harga purata tahun USD 40…
Harga petrol di Pam minyak hari ini mengikut harga ukuran Brent adalah RM 1.25… harga ini kekal selama 3 minggu berturut turut biarpun harga minyak Brent turun pada purata USD 20..
ini bermakna harga minyak Dunia hari ini 1/3 atau 30% dari harga minyak di zaman PH RM 2.08 sen… kalau kita congak, harga minyak di pam mestilah 1/3 dari zaman PH..sekurang kurannya harga minyak hari ini 80 sen.. walaupun kita faham kita tak boleh congak semudah itu.. harga minyak hari ini tidak sampai pun 50% dari harga dizaman PH..
ini bermakna, Kerajaan telah meletakkan harga lantai minyak bagi menstabilkan pendapatan operator stesen minyak dan syarikat dagangan mereka.. dalam waktu yang sama mengelakkan mereka mengalami kerugian dan menambah pendapatan Kerajaan..itu sebab harga kekal pada RM 1.25 sepanjang 3 Minggu berturut turut biarpun harga turun mendadak…..
Jadi fahamkan pentingnya dasar penstabilan harga minyak ini yang telah diperkenalkan kerajaan PH ? ini bermakna bila Kerajaan PH mengekalkan harga minyak pada RM 2.08 pada harga minyak Dunia berlegar pada harga USD 60-70..Kerajaan sebelum ini sebenarnya menanggung subsidi yang tinggi..
Kalau kita ikut logik UMNO dan PAS hari tu.. sepatutnya harga minyak di Pam minyak adalah 80 sen iaitu 1/3 dari harga di zaman PH, bukannya RM 1.25.. dan harga barang keperluan akan turun dengan mendadaknya.. tetapi ianya tak berlaku..hari ini banyak dari barang keperluan melambong naik biarpun harga minyak pada ketika ini pada harga terendah dalam Sejarah 20 tahun..
Sedangkan ketika pemerintahan PH.. ketika dasar penstabilan harga minyak berlaku.. Harga barang keperluan dapur..keperluan ramadhan tahun lepas berada dalam keadaan stabil..tiada kenaikan medadak..malah ekonomi mengalami pertumbuhan dengan baik berbanding negara serantau..
Ini lah satu lambang keberkatan..kemakmuran itu bukan diukur tinggi rendahnya harga minyak..bukan diukur dengan tinggi rendahnya nilai matawang.. ada negara yang nilai matawang rendah..tetapi kehidupan rakyatnya susah..ada negaranya yang nilai matawangnya tinggi..kehidupan dan kebajikan rakyatnya terjaga.. Inilah gambaran ” Baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur.”
Apa yang penting dalam pemerintahan, Kerajaannya Adil dan Amanah.. Adil itu pada pandangan Ulama meletakkan sesuatu pada tempatnya.. dan Adil itulah yang dekat dengan Taqwa.. dengan ini baru datangnya keberkatan..
Allah Ta’ala berfirman,
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”
( Surah. Al A’raf: 96)