Selepas Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat meninggalkan Perikatan Nasional (PN) kedudukan di Dewan Rakyat tinggal 112 kerusi sahaja. Manakala kedudukan pembangkang 110.
Manakala Ahli Parlimen Selangau Baru Bian sudah ‘u-turn’ menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota itu.
Sekiranya Malaysia mengamalkan politik yang lebih bebas maka kerajaan PM Muhyiddin Yassin telah dijatuhkan melalui Undi Tidak Percaya.
Terbaru, Baru mencadangkan Anggota Parlimen parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak berpuashati dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menilai kembali kedudukan mereka dan meninggalkan PN
Keputusan Ahli Parlimen Selangau sebelum ini menjadikan blok pembangkang yang mempunyai 108 sokongan bertambah kepada 110 apabila ia ditambah dengan sokongan Timbalan Speaker dari DAP, Nga Kor Meng (Taiping) yang masih disusun di blok kerajaan.