Via WhatsApp
1. Hari ini tersebar rakaman video pendek Azmin Ali bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Putrajaya. Video berkenaan menunjukan Azmin mengejar Tun dari belakang sebelum menegur dan mengucapkan ucapan Hari Raya Aidil Adha kepada Tun.
2. Di twit Azmin, beliau tidak meletakkan video berkenaan. Beliau hanya meletakkan foto yang menunjukkan kononnya beliau berjalan beriringan bersama Tun. Gambar itu adalah usaha Azmin bagi mengaburi dan membohongi kita yang konon beliau dekat atau masih rapat dengan Tun.
3. Politik persepsi Azmin telah sampai ke tahap paling rendah dan terdesak.
4. Video pendek yang tular itu menunjukkan bahawa Tun tidak melayan pun ucapan dari Azmin. Tun bukan bodoh. Tun tentu tahu bahawa Azmin adalah si Kitol yang dimaksudkan orang ramai selama ini. Si Kitol itulah yang merampas kerajaan dalam Langkah Sheraton selain membuatkan kerajaan PH Kedah tumbang.
5. Sekarang si Kitol itu hendak memperbaiki imejnya. Di dalam Perikatan Nasional (PN) tidak ada sesiapa yang menerimanya. Bahkan PM Muhyiddin Yassin juga tahu bahawa Azmin sedang berusaha untuk menggulingkan beliau dari dalam.
6. Umno, Bersatu, Pas sudah tidak menerima Azmin lagi. Si Kitol itu hendak bertanding pun tidak ada parti yang mahu menawarkan beliau. Kumpulan Kitol yang dikenali sebagai “G10” tidak akan mendapat tempat di kalangan mana-mana parti politik. Kalau geng si Kitol itu bertanding sendiri, mereka pasti ditolak rakyat di dalam pilihan raya umum akan datang!
7. Sekarang harapan si Kitol itu kembali kepada Tun. Kalau Tun menubuhkan parti baru, si Kitol bersama G10 mahu menyertai parti itu. Namun apakah Tun menerima mereka dengan nama busuk Azmin dalam skandal “Video Sandakan” serta menjadi dalang utama Langkah Sheraton?
8. Tidak ada sesiapa sebenarnya yang membunuh masa depan Azmin. Dia sendirilah yang mengorbankan dirinya kerana kekejian yang beliau lakukan sendiri.
9. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga Allah SWT menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada sifat-sifat orang yang munafik.