Tamrin Tun Ghafar
- Jika berlaku di Eropah, India atau Australia, pemimpin dan semua Ahli Kabinetnya PASTI akan letak jawatan TANPA diarah atau TANPA menunggu Undi Tak Percaya diusulkan di Parlimen.
- Di zaman Samurai di Jepun tindakan lebih ekstrim dilakukan – HARAKIRI.
- Istiadat membunuh diri dilakukan dengan memakai pakaian serba putih dan diikuti dengan menikam perut dengan pedang yang disediakan.
- Kesemuanya ini dilakukan kerana mereka bertanggungjawab, malu dan bermaruah di atas kegagalan yang telah berlaku.
- Apabila Sinzo Abe, Perdana Menteri Jepun meletak jawatan kerana kesihatan, Muhyiddin TIDAK TERAGAK – AGAK memuji tindakan Abe itu.
- Di Malaysia walaupun Yang Di Pertuan Agong dan Raja – Raja Melayu MENOLAK cadangan Kabinet Muhyiddin bagi melaksanakan Darurat atau Emergency, namun beliau LIAT, TIDAK BERASA MALU DAN MENUNJUKAN SIKAP TIDAK BERMARUAH langsung dengan ENGGAN MELETAK JAWATAN.
- Inilah kali pertama dalam sejarah negara, Yang Di Pertuan Agong dan Raja – Raja Melayu MENOLAK cadangan Kabinet.
- Cara Raja – Raja Melayu bertindak adalah begitu TERTIB dan HALUS yang sepatutnya difahami oleh Muhyiddin sedangkan rakyat keseluruhan amat faham YANG TERSIRAT DAN TERSURAT.
- Keingkaran MELETAK JAWATAN membuktikan SIKAP SOMBONG DAN BIADAP beliau TERHADAP Yang Di Pertuan Agong dan Raja – Raja Melayu itu sendiri.
- ‘Jika Takut
Di Lambung
Ombak
Jangan Berumah
Di Tepi Pantai Jika Takut
Hilang Jawatan
Hentikan
Perbuatan
Merampas Kuasa’ - Keputusan UMNO menyokong Kerajaan Muhyiddin SENGAJA dilakukan seolah – olah mereka INGKAR DAN MENCABAR RAJA – RAJA MELAYU itu sendiri.
- Apabila hilang sokongan, Tun Dr. Mahathir TIDAK TERAGAK – AGAK melepaskan jawatan Perdana Menteri – inilah sikap seorang yang TIDAK GILA KUASA, beliau mengikut AMALAN DEMOKRASI.
- Di Jakarta dan di Bangkok ribuan rakyat berdemonstrasi setiap hari, namun Kerajaan mereka tidak pula memgisytiharkan darurat seperti dicadangkan Muhyiddin.
- Belum ada mana – mana negara yang bercadang berbuat demikian walaupun angka kematian akibat Wabak Covid jauh lebih tinggi dari Malaysia.
- SEBENARNYA Muhyiddin dan sebahagian besar Menteri-Menterinya TAKUT BERHADAPAN dengan Ahli – Ahli Parlimen menjelang Sidang Parlimen mulai 2hb November ini yang diikuti dengan Pembentangan Belanjawan Negara 4 hari selepas itu, justeru cara yang mudah ialah MENGISYTIHARKAN DARURAT.
- Rakyat Bersyukur dan Menjunjung Kasih kepada YDP Agong dan Raja – Raja Melayu yang lebih MEMENTINGKAN RAKYAT dan NEGARA dari beberapa individu yang HANYA MEMENTING KAN DIRI.
- Keadaan beliau sekarang umpama durian yang PASTI jatuh – sila baca tulisan saya pada 20hb Oktober 2020 bertajuk :
‘MUHYIDDIN UMPAMA DURIAN YANG PASTI JATUH’
tamrintunghafar.blogspot.com
- Kini selepas Yang Di Pertuan Agong dan Raja – Raja Melayu menolak cadangannya itu, beliau boleh buat pilihan :
i. JIKA BERMARUAH DAN MALU, LETAK JAWATAN SECARA TERHORMAT.
ii. BUAT PELAN B ATAU APA-APA PELAN BARU BAGI
MENGEKALKAN JAWATAN.
iii. UMPAMA DURIAN, PECAH JIKA JATUH DI ATAS TANAH ATAU BORGOLEK KE DALAM LONGKANG
- Terdapat sebuah pantun yang dipinjam dan diolah : ‘Apa Guna
Memakai Sari
Jika Tidak
Dengan
Selendang
Elok Sungguh
Jadi Menteri
Dan
Perdana Menteri
Gaji Banyak
Walupun
BANGANG’ - SEMOGA MUHYIDDIN TIDAK MELIBATKAN TUANKU YDP AGONG MEMBANTU BELIAU MENGHADAPI PARLIMEN; INILAH SEBAIK – BAIK GELANGGANG TEMPAT RAKYAT BERSUARA.
- Menjadi TANGGUNGJAWAB Ahli-Ahli Parlimen MENGKAJI dan MENYOAL SETIAP perkataan dan angka yang dikemukakan oleh Kerajaan.
- YDP Agong boleh memberi nasihat tapi tak boleh MEMAKSA; Parlimen BUKAN ‘rubber stamp’ yang boleh diarah.
- RAKYAT PERLUKAN TALIAN HAYAT BUKAN DARURAT.
- Mereka MESTI TAHU dari mana sumber kewangan yang diperolehi dan bagaimana kewangan negara dibelanjakan, maka SELEPAS itu barulah mereka membuat keputusan – MENYOKONG atau MENOLAK – jika majoriti tolak ia bermakna Kerajaan HILANG SOKONGAN, maka KENA letak jawatan.
- Ketika itu Muhyiddin TIDAK LAGI BOLEH bersembunyi seperti kanak-kanak bersembunyi di dalam kain.
(Visited 3,545 times, 1 visits today)