PAS Cawangan Taman Greenwood yang berada dalam PAS Kawasan Gombak, Selangor telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang menyaksikan pertukaran kepada seorang lulusan daripada Universiti Al Azhar iaitu Al Fadhil Ustaz Haji Abdul Rahman bin Hj Ibrahim yang merupakan seorang pendakwah dan juga ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang khat dan pembekalan bingkai khat.
Mesyuarat tersebut telah berjaya dirasmikan oleh mantan MP Jeli Tuan Haji Apandi yang juga YDP PAS Kawasan Jeli, Kelantan. Beliau telah mengulas kejayaan skim usia emas di Selangor yang menyerupai skim kifalah di Kelantan yang juga telah berjaya menarik sokongan rakyat kepada kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat.
Beliau juga telah mencadangkan agar dibuat bil board (papan iklan) gergasi bagi memberitahu seluruh rakyat Selangor apa-apa dasar baru dan perubahan yang dilakukan oleh negeri Selangor seperti kenaikan gaji guru-guru Kafa seluruh Selangor dari RM450 kepada RM 1000 dan kini naik lagi sehingga RM1300 maka perkara seperti ini hendaklah diwar-warkan kerana membela rakyat dan membantu seluruh masyarakat untuk kebajikan mereka semua.