Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen MAt Rasip menyifatkan tindakan seorang pegawai DBKL memprovokasi peserta himpunan dari memasang
khemah di Padang Merbok bertujuan mengalih timpuan rakyat dari mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian melalui healer bagi meredakan kemarahan anak muda yang mengejar pegawai itu bermula dari padang Merbok hingga ke dalam kenderaan polis.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli turut meluru berhampiran van polis bagi meminta peserta jangan termakan dengan taktik itu dan mengarahkan mereka
kembali berhimpun di padang sebagaimana jaminan penganjur bahawa himpunan berlangsung aman.
“Abaikan lelaki itu, kembali ke padang, kita berhimpun secara aman, ini semua provokasi untuk alih tumpuan,” katanya ditemani beberapa aktivis Pakatan dan unit amal bagi mengawal keadaan.
Sementara itu, pegawai DBKL itu menangis dan ketakutan dalam van itu akibat dikerumuni peserta yang tidak berpuashati dengan tindakannya menyebabkan van polis tidak dapat bergerak hampir setengah jam.
Pegawai DBKL itu hanya berjaya dibawa ke balai polis selepas dikeluarkan dari van itu sambil dikawal unit amal dan pasukan keselamatan untuk dipindahkan ke sebuah lagi kenderaan polis di jalan bersebelahan.