Ahli parlimen Pakatan Rakyat memberikan komitmen untuk membawa isu dibangkitkan aktivis Suara Rakyat 505 bagi mendesak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut berjanji untuk membantu membebaskan kesemua aktivis yang ditahan polis dalam himpunan di hadapan bangunan parlimen pagi ini.
“Kita turut bersama dengan mereka yang ditahan. Kami akan bantu dan peguam akan ke sana (Lokap Jinjang),” katanya kepada pemberita ketika menerima memorandum yang diserahkan wakil 60 NGO Suara Rakyat 505.
Difahamkan, 33 kini ditahan dalam himpunan di depan bangunan Parlimen hari ini dan dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang selepas diambil keterangan di IPD Dang Wangi.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dipetik dari kirirman twitte menyelar tindakan polis tidak membenarkan peguam berjumpa tahanan
Manakala beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk ahli parlimen Batu, Tian Chua kini dalam perjalanan untuk membantu proses pembebasan.