Calon PKR bagi kerusi DUN Kajang itu ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya di Petaling Jaya bagaimanapun berkata, butiran lanjut berkenaan kedudukan Abdul Khalid hanya akan dibincangkan selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi kerusi berkenaan.
“(Kedudukan Abdul Khalid), kita akan uruskan selepas PRK.
“Peranan (Abdul) Khalid penting berdasarkan rekod kejayaan beliau.
“Sama ada kedudukannya sama atau berbeza, saya merasakan beliau perlu memainkan peranan untuk membantu Selangor,” kata Ketua Umum PKR itu kepada The Malaysian Insider.
Ditanya sama ada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Abdul Khalid, dan dirinya adalah satu ‘bayangan pasukan’ yang akan mentadbir negeri terkaya di Malaysia selepas selesai PRK Kajang, Anwar menegaskan sokongan kesemua pemimpin PKR itu perlu dalam pentadbiran Selangor.
“Anwar harus menang DUN Kajang dulu … saya perlukan sokongan mereka,” katanya.