Antara Sumpah Berkanun Raja Petra Kamaruddin dan Siapa yang terlibat memfitnah Anwar Ibrahim Liwat dan Video Seks terbaru semua ini sedang berlegar dalam minda rakyat Malaysia dan juga seluruh pemerhati politik dalam dan luar negara sekarang ini.
Selagi PM Najib Razak tidak menjelaskan kenapa dua bekas pegawainya membantu Abdul Razak Baginda membunuh Altantuya maka selama itulah akan berlaku pertanyaan dan sangkaan rakyat Malaysia berkaitan dengan pembunuhan kejam tersebut.
Dalam ertikata lain jika BN dan UMno serta pemuda Umno sering melaungkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim dalam semua isu maka kenapa tidak rakyat lainya juga mempersoalkan penglibatan pegawai Perdana Menteri (dulu Timbalan PM) dalam kes besar tersebut.
Begitu juga ramai pihak ingin mendengar cerita asal dan original tentang penangkapan seorang artis wanita popular bersama seorang pemimpin negara di Port Dickson semasa Isa Samad masih Menteri besar Negeri Sembilan.
Dan banyak lagi sebenarnya yang hendak rakyat tahu dan mengerti atas semua isu.