Satu kenyataan yang belum terdedah ialah dengan kemenangan Mad Sabu menjawat sebagai Timbalan Presiden PAS ialah beliau akan bertindak dan membuat aksi dalam PAS mengikut apa yang dirasakannya baik dan bagus untuk PAS.
Setakat hari ini hanya almarhum mantan Presiden Fadzil Mohd Noor sahaja yang boleh menasihatkan beliau (Mad sabu). Maka selepas ini khalayak akan boleh mulai mendengar dan melihat gelagat Mad Sabu apabila mengulas apa-apa isu yang dilontarkan oleh pihak lawannya.
PAS di era Mad Sabu akan terus agresif dan akan menentang Umno bersama BN dengan lebih lantang dan terkehadapan demi mencapai hasrat menawan Putrajaya.
Mohamad Sabu juga mempunyai penasihat-penasihat yang terdiri dari bekas-bekas pentadbir dan penggerak koperasi milik ahli PAS iaitu KOHILAL.
Begitu juga banyak kalangan bekas pimpinan pemuda PAS terutama dari negeri Perak dan ketua-ketua pemuda semasa era Mad Sabu menjadi Naib Ketua Pemuda dulu adalah akan membantu memperkuatkan perjuangan beliau setelah diamanahkan menjadi orang no 2 Presiden parti.