Sesebuah parti memperalatkan ayat Quran dan hadis untuk mendapat undi, Ustaz Abdul Halim Hassan menyatakan ia adalah bukti bahawa parti tersebut tidak ada kemampuan dalam memerintah.
“Dalam pilihanraya, kita nak tengok siapa yang boleh cerita, kalau saya menang, dasar ekonomi saya apa? Dasar pendidikan saya apa? Dasar kesihatan saya apa? Dasar luar saya apa?”, ulas Ustaz Abdul Halim Hassan dalam satu ceramah yang videonya tular di media sosial.
Beliau turut menyatakan bahawa bukti tidak ada kemampuan sesebuah parti untuk memerintah, apabila mereka terpaksa peralatkan ayat Quran dan Hadis. Malahan, beliau turut menyatakan, banyak negara di barat yang harmoni dalam pilihanraya, walaupun mereka tidak membacakan sebarang al-Quran dan al-Hadis.
“(Masalah) di tempat kita, tukar parti macam tukar agama,
“(Macam ada orang kata) Kalau hang (kamu) tak pilih aku, semua jalan ke syurga tertutup”, kata beliau lagi yang dipercayai merujuk kepada PAS.
Dengan merujuk kisah Talut yang diceritakan dalam Al-Quran, Ustaz Abdul Halim menjelaskan, yang penting bagi pemimpin yang dipilih adalah yang mempunyai kemampuan ilmu dan kebolehan mentadbir.
“Kalau tua cerdik, itu lebih baik dari muda yang bodoh”, kata guru agama berasal dari Pulau Pinang itu lagi.