Biar pun Amanah sering tidak mahu campur dengan pembentukan kerajaan Pakatan Nasional atau pun mendesak PM Mahathir segera berundur namun hari ini Pengarah Komunikasi parti itu, Khalid Samad mengakui Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah perancang utama dan pengerak usaha penubuhan kerajaan baharu yang menggegar negara hari ini.
“Bagi saya dialah movernya (penggeraknya).
“Dalam soal ini, saya rasa group Azminlah player (pemain) yang utama. Mungkin kerana dia sendiri ada agenda tetapi dialah movernya sekarang.
“Kita kena tunggulah. Ikut berita yang disebarkan, itulah yang sedang dia lakukan. Jadi bagi saya, kalau kita bersama usaha ini, membentuk kerajaan dengan golongan yang rakyat telah tolak, ini satu pengkhianatan kepada rakyat,” kata Khalid dipetik Malaysia Dateline.
Khalid juga berkata, pada hakikatnya, Azmin sejak dari awal lagi tidak bersama termasuk ketika PH dibentuk, bahkan beliau menolak cadangan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai bakal PM jika PH menang.
“Saya ingat masa pembentukan PH di Shah Alam, dia dan Zuraidah telah walkout tetapi selepas kita menang dia punya pendirian berbeza. Alhamdulillah.
“Sekarang ini dia pula jadi pemain yang utama. Jadi kena tanya dialah tentang apa yang dia usahakan,” katanya
Menteri Kesihatan dari AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sibuk menyusun strategi dan tindakan untuk mengawal Covid-19 manakala Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad pula sibuk membantu orang susah di ibu negara.
Usaha Dr Dzulkefly terbukti berhasil apabila dari 22 yang disahkan mengidap Ciovid-19 di negara ini, 18 darinya sudah berjaya sembuh walaupun penyakit itu belum mempunyai ubatnya.
Khalid pula sibuk merancang dan melancarkan pelbagai projek rangsangan ekonomi di ibu negara.
Terbaru beliau melancarkan Kiosk perniagaan di Putrajaya untuk menyediakan tempat berniaga kepada warganya.