Selain pilihanraya umum (PRU) ada satu lagi nama pilihanraya iaitu pilihanraya kecil (PRK) setiap kali ada kematian wakil rakyat selepas PRU maka sebelum menjangkau 3 tahun usia PRU satu PRK hendaklah diadakan bagi menggantikan wakil rakyat yang mati tersebut. PRK bukan sahaja diadakan kerana kematian tetapi apabila ada peletakan jawatan sesaorang wakil rakyat itu atau sepertimana sekarang adanya penggunaan peruntukkan undang-undang tubuh negeri-negeri yang mana jika ketidakhadiran wakil rakyat selama sekian masa maka Speaker boleh mengisytiharkan kekosongan.
Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah menggunakan peruntukkan undang-undang seperti sekarang mungkin kerana disiplin wakil rakyat dari parti pembangkang tidak berlaku di semua negeri dan parti samada PAS, DAP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.
Kematian beberapa wakil rakyat yang amat kontroversi ialah apabila mereka terlibat dengan jenayah seperti di Gemenceh Negeri Sembilan Dato Taha yang mati kerana dibunuh oleh pemimpin politik juga. Wakil PAS di Rantau Panjang Abdul Samad Gul Maniaji mati ditetak di Kelantan. Dato Mazlan di Raub mati dibunuh dengan kejam oleh seorang bomoh wanita.
Seorang wakil rakyat dari MIC Fernandez DUN Lunas, Kedah mati ditembak. Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli parlimen Kuala Terengganu Dato Razali Ismail mati di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dan ADUN KUala Berang pun mati di sana ketika selepas bermain badminton pada tahun 2004 sejurus PRU 11.
Ahli Parlimen Hulu Selangor Dato Zainal Abidin meninggal dunia kerana sakit barah otak pada 2009. Yang sedang koma tetapi tidak mati ialah ADUN Kerdau Dato Zaharuddin walaupun bertiup kencang berita itu, kini wakil rakyat Merlimau Dato MOhd Hidir Abu Hassan pula kritikal kerana serangan jantung. di DUN Galas Chek Hashim Sulaima kembali ke rahmatullah selepas menderita barah.
Begitulah saban masa berlaku PRK kerana beberapa sebab dan memerlukan diadakan PRK. Semua pihak ada yang gembira dengan adanya PRK dan ada yang runsing bila terpaksa menghadapi PRK. Para peniaga ditempat terbabit ada yang bersyukur kerana rezeki datang melimpah. Pemunya hotel atau rumah sewa boleh mengaut keuntungan kerana dapat menaikkan kadar sewa rumah dan hotel.
Begitupun ada juga pihak-pihak yang sememangnya menunggu diadakan PRK kerana mahu mengisytiharkan diri mereka ataupun kumpulan mereka untuk berpaling tadah dari parti lama kepada baru demi meraih keuntungan segera. Maka akan kedengaranlah disana dan sini akan berita ahli parti tertentu keluar parti kerana tidak berpuashati itu dan ini.
Walauapapun hujah pilihanraya kecil maka yang untungnya mestilah rakyat kerana merekalah yang akan mendapat keuntungan jangka panjang kerana ada wakil yang akan meperjuangkan nasib mereka untuk diangkat kepihak yang lebi atas.
Watak wakil rakyat ganti tersebut akan dinilai oleh semua pihak samada akan meneruskan memilih mereka atau sebaliknya.