Gombak : Satu mesyuarat khas telah diadakan petang semalam di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia yang telah di pengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Adat-Adat Melayu, Infrastrutur dan Kemudahan Awam, Y.b Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bagi menyelesaikan isu berbangkit mengenai kerja menaiktaraf jalan di Kampung Sungai Pusu yang telah terputus hubungan ke jalan utama apabila sebahagian laluan akses melalui sungai disitu semakin terhakis.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh perwakilan daripada agensi Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Dalam perbincangan tersebut Hasan melahirkan kekecewaannya kerana projek sekecil itu yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bernilai RM2,055,905 untuk memberi keselesaan penduduk sekitar bagi menaiktaraf jalan tersebut dilakukan sambil lewa.
Katanya, “atas kelewatan ini ianya bukan sekadar memberi kesan kepada semua pengguna jalanraya disitu tetapi amat membimbangkan keselamatan penduduk. Jesteru itu, saya harap pihak JKR dapat menerangkan perkara yang berbangkit memandangkan projek menilai jalan dan segala kerja berkaitan di Jalan Kampung Sungai Pusu ini dibawah pengurusan kerajaan negeri yang sepatutnya sudah siap pada 21hb Mac, 2011 tetapi telah tertunda hampir 3 bulan”.
Tujuan Kerajaan Negeri menaiktaraf jalan ini adalah untuk memenuhi keperluan penduduk kerana kemudahan disitu sudah berpuluhan tahun tidak dinaiktaraf semenjak pemerintahan kerajaan terdahulu (UMNO/BN) lagi. Oleh itu dibawah pemerintahan kerajaan PR kita akan menyediakan kemudahan ini untuk keselesaan dan keselamatan penduduk.
Hasan yang juga merupakan Ahli Dewa Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, juga menegaskan jika hal ini tidak dapat dilaksanakan maka kita akan meminta pihak JKR membuat tindakan segera kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) samada akan memberi pampasan atau memberi tarikh terbaru untuk menyiapkan projek menaiktaraf jalan tersebut. Kerja-kerja ini perlu disiapkan dengan segera tetapi hasil kerja tersebut mestilah berkualiti.
Oleh yang demikian, saya harap mesyuarat hari ini pihak JKR dapat memberi maklum balas yang positif bagi tindakan seterusnya untuk menyelesaikan isu berbangkit, katanya.
Sementara itu, Norfariza Bt Ramli, pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Gombak mengulas isu berbangkit menyatakan kerja konkrit condition tidak boleh dibuat keseluruhan tetapi dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana jika dilakukan keseluruhan ianya menyukarkan keadaan kepada semua penduduk kerana jalan tersebut akan ditutup dan pengguna jalan raya terpaksa mencari jalan alternatif lain memandangkan laluan kawasan tersebut juga sempit.
Sehingga hari ini JKR masih menunggu tindakan daripada TNB untuk mengalihkan 3 buah cable yang terdapat di dalam tanah. Jika cable ini dipindahkan insya-allah JKR akan meminta pihak kontraktor yang dilantik oleh JKR (Fiber Fiber Connavative Sdn Bhd) meneruskan kerja tersebut .
Setakat ini kita sudah memberi surat notis kepada TNB sebanyak dua kali iaitu pada tarikh 31hb Mei, 2011 dan 21hb Jun, 2011 untuk hadir ke mesyuarat dan memberi maklum balas kerja yang dilakukan tetapi tiada jawapan.
Kelmarin pihak kami , TNB bersama kontraktor yang dilantik telah membuat lawatan turun padang ke kawasan berkenaan dan hasil lawatan tersebut kita telahpun bersetuju untuk mengalihkan cable yang terdapat dalam tanah itu dalam masa terdekat ini. Kita akan memasang pembentongan tiang sementara untuk melakukan kerja menaiktaraf kembali.
Beliau mengulas, kerja menaiktaraf telah bermula pada bulan 2hb November, 2011 dan dijangkan siap pada 21/3/11 tetapi tergendala disebabkan kesukaran mendapat kerjasama dengan TNB untuk menghadirkan diri ke mesyuarat dan hari ini juga mereka gagal menghadirkan diri ke mesyuarat ini.
Kita juga merasa kesal kerana TNB juga tidak memaklumkan masalah-masalah yang timbul semasa kerja menaiktaraf dilakukan. Jika mereka memaklumkan kepada kami pasti perkara ini tidak berlaku.
Disebabkan atas kelewatan yang dilakukan oleh pihak TNB, maka pihak kami akan meminta pihak mereka memberikan tarikh terkini untuk menyiapkan segera kerja menaiktaraf jalan ini atau TNB akan dikenakan denda dengan membayar pampasan kepada pihak kami, katanya.