10 papan iklan (billboard) yang dipasang oleh DAP di tengah pekan Sekinchan untuk membantu calon Pakatan Harapan dari Amanah telah dirosakkan.
Ekoran itu, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mengecam tindakan vandalisme ke atas papan iklan yang mengandungi mesej Pakatan tentang GST dan 1MDB ini.
Suee Lim bersama Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Adun Balakong Eddie Tien Chee melahirkan rasa terkejut mereka kepada media.
Bagi Suee Lim, tindakan memusnahkan papan iklan ini satu usaha terancang kerana ia masih berada dalam keadaan baik pada jam 2 pagi namun musnah pada pagi esoknya.
Sehubungan itu, beliau meminta polis dan SPR secara bebas menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab. Malaysia dateline