Takdir Allah menghantar banjir di Dewan Undangan Negeri Tenang menyebabkan sebahagian
pengundi yang keluar lewat tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan selesa dan
lancar. Ini menyebabkan juga pergerakan pengundi amat terbatas dan dengan kekurangan
sokongan dari segi transport maka Pakatan Rakyat gagal membawa pengundi tepat pada masanya.
Begitu juga keengganan kerjasama jentera kerajaan yang sepatutnya menolong semua pengundi dan
bersedia dalam semua keadaan samada pihak tentera, polis atau JPA3 menambahkan lagi
faktor kemerosotan pengundi mungkin untuk kedua-dua belah pihak.
Isu-isu utama juga yang diutarakan oleh PAs dan Pakatan Rakyat termasuk rekod calon BN
dan juga manipulasi MCA berkenaan dengan pendirian DAP berkait dengan agama Islam juga
menyebabkan menurunnya sokongan terhadap PAS.
Kejayaan media Bn melalui TV dan akhbar arus perdananya dan juga sokongan kuat dari peneroka
FELDA membawa kejayaan BN mengekalkan kerusi Tenang. Sebagaimana Zaid Ibrahim diasak dengan isu
peribadi dan juga penyelesaian masalah peneroka di FELDA Sungai Buaya menyebabkan sokongan
kepada BN mendadak naik.
Hakikatnya jentera Pakatan Rakyat yang mendapat bantuan dari parti-parti rakan seperti DAP,
PKR dan NGO-NGO amat memberangsangkan dan juga berada dalam kedudukan terbaik dan begitu juga
pengurusan kempen, media dan pemimpin PR boleh diberikan pujian.
Faktor yang nampaknya lebih penting ialah cara pengurusan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)
ketika menanggani cuaca yang membawa hujan yang akhirnya membawa kepada banjir melanda Tenang
dan walaupun diseru oleh pemimpin PR agar ditangguhkan dahulu pengundian tidak diendahkan oleh
SPR dengan alasan tidak boleh berbuat demikian kerana sudah diwartakan waktu pengundian.
Maka Pakatan Rakyat hendaklah mengambil banyak pengajaran dan iktibar dari keputusan sebegini
bagi memantapkan misi mereka untuk terus menguasai mana-mana kerusi yang sedia ada dan juga hasrat
untuk ke Putrajaya.
Keyakinan sebenar Pakatan Rakyat bahawa masa untuk rakyat membuat perubahan masih kekal relevan
dan apa yang dilakukan BN sememangnya wajib disekat dari terus berleluasa menafikan hak rakyat
samada dalam isu ekonomi, rasuah dan salahlaku pemimpin BN itu sendiri.
Kejayaan BN mengekalkan kerusi DUN Tenang tidak mengsucikan BN atau membasuh segala kebobrokan
BN selama memerintah Malaysia atau menjadikan BN lah satu-satunya pilihan sebaliknya
dalam keadaan Pakatan Rakyat menghadapi jentera kerajaan yang digunakan oleh BN dengan
sewenang-wenangnya telah mengaburi mata rakyat dengan gagal menyokong PAkatan Rakyat.