Di sebalik harapan tinggi dan pengundi yang berbaris panjang di sesetengah tempat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) engan melanjutkan tempoh pembuangan undi.
“Kami akan menutup pusat pengundian kepada sesiapa yang tidak berada dalam bilik mengundi,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata demikian semasa diwawancara RTM1 petang ini.
Kata Mohd Hashim langkah menutup tempat mengundi seperti jadual asal dibuat kerana ia sudah diwartakan.
Katanya mana-mana pengundi yang membuang undi selepas jam 5 petang boleh dicabar di mahkamah.
“Sebab itu SPR menasihatkan orang ramai supaya keluar mengundi seawal mungkin,” katanya. – Mkini
(Visited 169 times, 1 visits today)