KERAJAAN tidak mahu melulu melakukan pengisytiharan darurat di Pasir Gudang kerana ia hanya menimbulkan panik dalam masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Itu kita kena ada mesyuarat dulu dan kita fikirkan langkah-langkah menangani masalah itu.
“Kita nak istihar jadikan (darurat) ia akan mencetuskan panik. Kita kena lihat masalah daripada akar umbi buat langkah-langkah segera termasuk memikirkan langka jangka panjang,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin memberitahu Dewan Rakyat yang kerajaan akan berbincang untuk memutuskan pengisytiharan darurat di Pasir Gudang secepat mungkin.
“Saya akan menyampaikan cadangan dan pandangan anda kepada jawatankuasa itu kerana ini bukan keputusan saya sahaja. Kami akan membuat keputusan ini secepat mungkin,” Yeo memberitahu Dewan Rakyat pagi ini.
Tambahnya lagi, masalah pencemaran sisa toksik di sungai Kim Kim itu belum sampai ke tahap isu nasional.
“Saya akan ke Pasir Gudang petang ini untuk melihat sendiri keadaan semasa dan bagaimana situasinya menangani masalah dan kita lihat bagaimana.
“Sekadang ia dibawah tahap kerajaan negeri.” – TMI