Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, menolak dakwaan kononnya beliau lepas tangan dalam isu perumaan penduduk di Jinjang Selatan Tambahan.
Menurutnya, beliau sentiasa memantau pertikaian antara pemaju dan penduduk itu yang berdepan risiko diusir dari kediaman mereka.
Tambahnya, lankah terbaru diambil pihaknya termasuklah dengan mengadakan sesi dialog dengan kira-kira 20 wakil penduduk kawasan berkenaan pada Sabtu, penduduk telah diberi peluang bertanya pelbagai soalan kepada pemaju dan diberi maklum balas berkaitan.
“Seorang wakil penduduk meminta skim pampasan yang ada sekarang diubah, jadi pemaju akan membincangkan dan akan membuat keputusan berkenaan hal itu.
“Ini akan jadi kali ketiga pampasan diubah selepas kali terakhir dinaikkan pada 2017,” kata Lim dipetik laporan Awani.
Sebagai rekod, isu pertikaian antara penduduk dan pemaju ini telah dibangkitkan sejak era pentadbiran Barisan Nasional.
Sementara itu tambahnya, beliau turut memaklumkan terdapat sedikit salah faham yang membuat pembinaan rumah yang dijanjikan sepatutnya bermula April, hanya boleh bermula minggu ini.
“Saya diberitahu pembinaan kesemua unit rumah itu patut bermula April lalu.
“Tetapi dalam sesi dialog semalam, pemaju maklumkan mereka hanya terima semua kebenaran yang relevan dari DBKL minggu lalu,” jelas.
Penduduk Jinjang Selatan Tambahan sebelum ini meluahkan kekesalan apabila pembinaan rumah untuk menggantikan rumah mereka yang dirobohkan DBKL belum menampakkan sebarang perkembangan biarpun selepas tiga tahun berlalu.
Mereka sebelum ini menolak masalah tersebut kepada Lim dan mendakwa Ahli Parlimen itu mengambil serius dan enggan turun padang membincangkan hal tersebut. – RF8 Media