Bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad meminta agar Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bersikap realistik dan berhenti menunding jadi kepada kerajaan Pakatan Harapan yang cemerlang menangani wabak Covid 19.
“Menghadapi wabak serius ini, negara ingin melihat menteri menjadi peneraju dan menyediakan kepemimpinan strategik yang dapat melengkapkan peranan yang diambil oleh Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah),” katanya dipetik Malaysiakini.
Dr Adham jarang sekali dilihat bersama Dr Noor Hisham dalam menerangkan perkembangan semasa Covid 19 kepada media sebagaimana yang dilakukan oleh Dr Dzul ketika menjawat Menteri Kesihatan.
Malah Dr Adham lebih senang muncul dalam rancangan televisyen yang menerangkan hal-hal simple seperti minum air suam mencegah virus, cara mencuci tangan dengan betul dan beberapa hal lainnya.
Menurut Dzulkefly, tugas utama menteri adalah membantu memanfaatkan kepakaran pakar kesihatan awam seperti pakar epidemiologi dan pakar penyakit berjangkit, sehingga kerajaan mendapat hasil yang lebih baik dalam menangani Covid-19.
Katanya lagi, Adham juga perlu menumpukan usaha mengatasi tunggakan ujian Covid-19 dan meneroka penggunaan kepintaran buatan (AI) untuk membantu ujian besar-besaran dan memantau jangkitan masyarakat, serta menyelaraskan usaha supaya memastikan bekalan peralatan pelindung diri (PPE) yang mencukupi kepada barisan hadapan.
Selain itu, menurut Dr Dzulkefly, menteri kesihatan perlu memastikan semua orang mematuhi perintah kawalan pergerakan, sementara juga memikirkan strategi untuk membantu meringankan beban negara daripada perintah kawalan pergerakan (PKP) seluruh negara kepada menutup sebahagian negara.
“Menteri tidak usah melencong daripada hal-hal utama seperti memastikan pematuhan MCO yang ketat, termasuk mereka yang berada dalam kerajaan, dengan tidak habis-habis mengungkit isu yang sudah menjadi ketentuan,” katanya.
Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali dikritik kerana disyaki melanggar PKP selepas menjamu selera secara berkumpulan di sebuah sekolah tahfiz di Lenggong, Perak semalam.
Dzulkefly berkata jika Adham berkeras mahu menyalahkan pentadbiran PH terhadap kluster jangkitan Sri Petaling, beliau perlu sedar bahawa kelulusan perhimpunan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri, bukan Kementerian Kesihatan.
Ketika pentadbiran PH, Muhyiddin menjadi menteri dalam negeri.
Kronologi Covid-19
Gelombang Pertama
Januari:
Minggu 4 (24 – 29 Jan) 8 orang
Februari:
Minggu 1 (1 – 6 Feb) 14 orang
Minggu 2 (7 – 14 Feb) 19 orang
Minggu 3 (15 – 22 Feb) 22 orang (21 kes sembuh)
Minggu 4 (23 – 29 Feb) 25 orang (3 kes baharu)
[waktu Langkah Sheraton. Dua minggu ketidaktentuan kerajaan dan tiada Menteri Kesihatan yang memantau rapi Covid-19]
Gelombang kedua
Mac:
Minggu 1 (1 – 7 Mac) 93 orang (tambah 68 kes)
Minggu 2 (8 – 14 Mac) 238 orang (tambah 145 kes)
Minggu 3 (14 – 20 Mac) 1030 orang (tambah 792 kes)