MOHAMAD EZAM MOHD NOR
1.GERAK98 menggesa pemimpin2 politik dan parti2 nasional membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil segera.
2.Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Blok terbesar dalam Parlimen wajar diberi ruang melakukan inisiatif ini tanpa lengah.
3.GERAK98 percaya sebuah kerajaan stabil mampu dibentuk sekiranya pemimpin2 politik nasional meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan lain.
4.Kami juga percaya kerajaan stabil boleh dibentuk sekiranya kita mengambil iktibar ketidakstabilan kerajaan PH dan PN akibat permainan petualang besar diketuai Tun Mahathir bersama Azmin Ali dan Hishamudin Hussein.
5.Sejak akhir 2019 kami di GERAK98 telah nytakan secara terbuka komplot menjatuhkan kerajaan PH (dan sekarang PN) didalangi Mahathir bersama Azmin Ali dan Hishamudin.
6.Bagi GERAK98 petunjuk kejatuhan kerajaan mandat rakyat yg stabil bermula di Tg Piai. Bukan di Sheraton. Ianya terbukti apabila 2 kelompok petualang Azmin dan Hishamudin bertemu sehari selepas Praya kecil Tg Piai di kediaman rasmi Azmin.
7.Mahathir yang pada masa itu PM mempertahankan pertemuan 2 petualang itu kerana Mahathir adalah kepala petualang.
8.GERAK98 sejak akhir 2019 telah menyatakan secara terbuka dan terperinci langkah2 durjana petualang2 ini. Kami menjelajah seluruh negara membongkar GRAND DESIGN jahat ini hinggalah ke saat peristiwa Sheraton.
9.Saatnya tiba pemimpin2 politik nasional membentuk sebuah kerajaan baru dengan mempastikan 3 petualang Mahathir,Azmin dan Hishamudin ini tidak ada ruang dan peranan samasekali dalam kerajaan.
10.Setiap usaha membentuk sebuah kerajaan dengan koalisi baru atau GRAND COALITION hanya akan berjaya sekiranya pemimpin2 politik mampu faham dan mengambil iktibar daripada GRAND DESIGN jahat oleh 3 petualang yang merosakkan negara selama ini.
Ketua GERAK98 Nasional