Dengan beberapa perkembangan terbaru siasah dalam negara kita mutakhir ini seluruh jentera Pilihanraya PAS khususnya dan PKR disini amat komited untuk meneruskan kemenangan berganda Pakatan Rakyat khususnya dalam negeri Selangor. Ini diyakini berdasarkan gerak kerja yang berterusan dan teratur yang dijalankan oleh MTD Gombak Setia, UPU Taman Greenwood dan seluruh jentera PAS dalam Parlimen Gombak.
Menurut Setiausaha UPU Taman Greenwood yang berada dalam MTD Dun Gombak Setia Tuan Haji Ibrahim Kamal bin Mohd Yusi bersama Ketua UPU iaitu Ustaz Hj Abdul Rahman Ibrahim mereka merasa puashati diatas kerjasama yang diberikan seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat disini yang membayangkan PAS boleh mengekalkan kerusi-kerusinya dan dharapkan juga pertambahan kemenangan PAS nanti pada kesemua kerusi yang ditandingi dalam PRU 13 kelak.
Bagi kesemua aktivis parti merasakan samada PAS meletakkan calon baru atau mengekalkan calon lama ianya tidak akan mendatangkan masalah kepada jentera parti kerana sentiasa bersedia di barisan hadapan untuk menyakinkan semua pengundi bahawa setiap calon PAS adalah yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat, negeri dan parti.
Menurut Ketua UPU Taman Greenwood yang juga merangkumi Taman Desa Minang, Taman Berjaya, Taman Batu dan sebahagian Kg Changkat menyatakan kesemua daftar pemilih yang disahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya untuk UPU kawasan ini telah berjaya disemak dan disahkan oleh bilik gerakan untuk digunapakai dalam pilihanraya PRU 13 nanti.
Begitu juga dengan kejayaan pentadbiran baru masjid kariah iaitu Masjid Ar Rahimah, Taman Greewood melaksanakan program kemasyarakatan dengan kerjasama semua pihak samada daripada Ahli Majlis MPS iaitu Puan Maznah dan juga dari Pusat Khidmat ADUN GOmbak Setia dan Nazir Masjid sendiri iaitu Tuan Haji Abdul Rahman Satam telah berjaya menyatukan ahli kariah dan menghidupkan atau mengimarahkan masjid bagi menyahut seruan pentadbran baru negeri Selangor ke arah mentransformasikan institusi masjid di Selangor.