Semasa mengulas dan menjawab beberapa pertanyaan dari para bloggers, Tuan Guru Dato Bentara Menteri Besar Kelantan menyatakan akan kekeliruan masyarakat Islam dan bukan Islam mengenai Islam sejak zaman berzaman lagi sehinggakan apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dan persefahaman dengan bukan Islam, parti bukan Islam PAS dituduh sebagai menyalahi tuntutan Islam
Sepertimana anggapan pihak-pihak yang irihati dan dengki dengan kejayaan dakwah yang dibawa oleh PAS sebagai salah sekiranya PAS berpakat dengan DAP dan sebaliknya pula patut dan baik apabila berbaik dengan MCA yang juga parti bukan Islam. Akibat kejahilan kebanyakan pihak dalam masyarakat hasil kejayaan sekular dan penjajah maka inilah hasilnya yaitu salah dan tidak betul jika berbuat baik dan berpakat dengan DAP.
Padahl inilah kejayaan dakwah PAS selama ini sejak menjadi parti politik Islam sehinggakan akhirnya DAP boleh menerima PAS sebagaimana hasil konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang baru-baru ini, yakni mereka orang bukan Islam terutama dalam DAP dan PKR sudah lunak dan memahami Islam secara beransur-ansur.
Program Tok Guru Menteri Besar beramah mesra dengan para blogger pro Pakatan Rakyat membuah kejayaan walaupun memakan masa yang dirasakan sangat singkat namun semua merasa lega dapat bersua muka khususnya untuk menghadapi PRU 13 akan datang. Turut bersama rombongan Tok Guru ialah Husam Musa, Speaker Nasaruddin, Takiyuddin Hassan, Dr Fadzli Dato Hassan, Wan Ubaidah dan alin-lain pegawai kerajaan negeri.