Pengumuman Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meletakkan seorang wanita sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang pada 30 Januari nanti disambut baik oleh pelbagai pihak.
Ketua Penerangan PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong Drs. Khalil idham Lim menyifatkan Normala Sudirman sebagai pilihan tepat untuk menghadapi BN di DUN berkenaan
“Saya menyokong penuh pencalonan tersebut dan menganggap tindakan memilih calon dari kalangan muslimah oleh PAS dan pakatan Rakyat untuk pertama kalinya dalam Pilihanraya Kecil dalam banyak siri PRK sejak 2008 adalah pihan yang tepat dan bijak.
“Keputusan PAS tersebut sekaligus menafikan pandangan serong yang sengaja diapi-apikan oleh musuhnya sebagai meminggirkan golongan wanita. Ianya membuktikan sikap keterbukaan PAS,” katanya.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Tambah Khalii, pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka dan secara umum di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam yang mendiskriminasikan hak kaum wanita .
“Pada pandangan saya pemimlihan Cikgu Mala sebagai calon PRK Tenang akan menarik minat banyak pihak dikalangan penyokong dan pimpinan pakatan Rakyat dari seluruh negara untuk hadir membantu jentera PRK Tenang.
” Jentera pilihanraya diharapkan dapat memanfaatkan seluruh tenaga yang turun dari seluruh negara dari ahli biasa sehinggalah kepada pimpinan bagi memastikan kehadiran mereka ke DUN Tenang tidak disia-siakan,” jelasnya.
Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat merupakan aset yang besar bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini.
“Diharapkan dengan pemilihan calon yang terbaik dari PAS dan Pakatan Rakyat ini dapat menambahkan lagi satu kerusi Pakatan Rakyat dalam DUN Johor,” akhirinya.
Selain itu kemenangan di Tenang adalah titik tolak kepada perubahan landskap politik Johor dan Malaysia sebelum kita berdepan dengan PRU ke 13.Ianya menjadi medah dan ujian kepada kekuatan Pakatan Rakyat dalam mengolah Isu-isu besar yang sedang diperkatakan sekarang.